Ekspo Konvokesyen UUM
Objektif
Antara objektif utama penganjuran eskpo konvokesyen ialah:
-Untuk memeriahkan lagi suasana konvokesyen ke-22, Sidang kedua.
-Untuk memperkenal serta mempromosi UUM sebagai "Universiti Pilihan Utama" kepada masyarakat dalam dan luar.
-Untuk memberi pendedahan serta mewujudkan semangat kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab di kalangan para pelajar dan kakitangan yang terlibat dalam penganjuran ekspo konvokesyen ini.
-Untuk meraikan para graduan yang telah menamatkan pengajian.
Tema Ekspo Konvokesyen kali ini di cadangkan “FIRST CHOICE UNIVERSITY”
BAGAIMANA KONSEP “FIRST CHOICE UNIVERSITY” DILAKSANAKAN?
Konsep ini boleh ditonjolkan melalui penglibatan empat pihak:
Mahasiswa dan kakitangan UUM
Penonjolan komposisi masyarakat UUM yang terdiri dari pelajar-pelajar dan staf
dari setiap negeri di Malaysia dan dari banyak Negara luar. Gerai pameran
negeri-negeri dan negara-negara akan diwujudkan. Pelajar dan staf dari
negeri dan Negara masing-masing akan bergabung tenaga dan idea dalam merangka
dan melaksanakan konsep atau penonjolan negeri atau Negara masing-masing.
Di samping itu, gerai-gerai makanan juga akan dibuka berdasarkan kepada konsep
yang sama, yakni mewakili gerai makan negeri-negeri dan Negara-negara. Makanan
boleh disediakan sama ada oleh pelajar atau staf nageri/Negara sendiri atau dengan
menjemput tukang masak tersohor dari negeri atau Negara masing-masing. Konsep sebegini
diharap dapat memupuk semangat kerja sama dan daya saing di antara
satu-sama-lain.
Universiti-universiti luar yang mempunyai kaitan dengan UUM
Pelajar-pelajar dan staf dari beberapa universiti yang ada hubungan kerjasama dengan UUM akan
dijemput.Beberapa program rasmi dan tidak rasmi akan diatur.
Antaranya:
- MOA dengan King Saud Universiti
- MOA dengan Bunkyo Universiti
- Pasukan koir dari St. Mary University, Bayumbong, Filipina, pasukan angklung/keroncong dari
UNPAD Indonesia dan pasukan tarian dari Prince of Songkhla University, Thailand akan membuat
persembahan di dalam Dewan MAS pada Sidang Pertama dan beberapa persembahan di pentas mini.
Organisasi-organisasi luar yang mempunyai kaitan dengan UUM
Mereka akan dijemput untuk mengadakan pameran, ceramah kerjaya, atau temuduga.
Di samping itu, sumbangan dalam bentuk penajaan dan hadiah cabutan bertuah akan
dipohon dari mereka.
Alumni UUM
Mereka akan dijemput kembali ke UUM untuk sesi bual mesra dan program ceramah kerjaya.
Sumbangan peribadi berbentuk hadiah cabutan bertuah juga akan dipohon dari mereka.